Pelancong perlu berhati-hati hadapi tempias Taufan Noru  -

Pelancong perlu berhati-hati hadapi tempias Taufan Noru 

AKTIVITI di laut kurang sesuai dilakukan ketika keadaan laut bergelora dan hujan lebat di perairan Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pengusaha resort, hotel dan chalet di pulau-pulau peranginan di Terengganu perlu lebih berhati-hati dalam mengatur jadual perjalanan pelancong berikutan ramalan Taufan Noru yang diramal bermula esok hingga Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, walaupun Terengganu tidak menerima kesan langsung daripada taufan itu, namun tempiasnya dijangka tetap ada.

“Kalau boleh, elakkan dahulu bawa anak-anak kecil dan bayi menaiki bot ke pulau-pulau peranginan pada tempoh jangkaan taufan itu berlaku.

“Dalam keadaan laut bergelora dan hujan lebat, aktiviti di laut kurang sesuai dilakukan bagi menjaga keselamatan pelancong kerana kita tidak mahu ada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan Cabaran Mendaki Gunung Tebu 2022 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ariffin menambah,  pengusaha pelancongan juga dinasihatkan  merujuk ramalan cuaca sebagai langkah berjaga-jaga.

“Maklumat mengenai ramalan cuaca itu boleh diperoleh daripada laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta aplikasi myCuaca,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan cuaca buruk itu diperoleh berdasarkan analisis Model Ramalan dan Penyelidikan Cuaca Met Malaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Kadar Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan Taufan Noru yang ketika ini berada di utara Filipina.

Ia kemudian dijangka bergerak ke barat menuju Vietnam dan membentuk garis badai yang boleh mengakibatkan ribut petir bersama hujan lebat dan angin kencang di negeri utara Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya