Polis siasat dakwaan berlaku cubaan culik di Banting -

Polis siasat dakwaan berlaku cubaan culik di Banting

TANGKAP layar mesej cubaan culik yang tular berhubung dakwaan berlakunya kes culik di Banting, Kuala Langat, Selangor hari ini- UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Polis sedang menyiasat dakwaan berlakunya cubaan menculik seorang pelajar perempuan di hadapan sebuah sekolah di Banting, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @Saleh berkata, ini berikutan tular beberapa mesej dalam media sosial hari ini, bahawa terdapat seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun hampir diculik.

“(Untuk makluman) Pada 23 September lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima satu laporan polis daripada seorang pelajar perempuan yang dipercayai individu yang dimaksudkan dalam mesej tular itu).

“Pelajar itu mengadu bahawa dia terlihat seorang individu yang memandu sebuah kereta berkelakuan mencurigakan ketika dia sedang berada di perhentian bas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati tiada kejadian culik yang berlaku, seperti yang ditularkan dalam beberapa mesej tular berkenaan.

Namun kata Ahmad Ridhwan, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis yang dibuat pelajar perempuan itu bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku.

“(Oleh demikian), kami menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh mengugatkan ketenteraman awam,” ujarnya.

Dalam mesej yang tular tersebut, dikatakan kejadian cubaan culik itu berlaku di sebuah sekolah menengah di Banting.

Dalam mesej sama, dikatakan pihak penculik cuba menarik mangsa ke dalam sebuah kereta Proton Pesona berwarna putih.

“(Mangsa) dapat melepaskan diri dan lari ke dalam padang (dan) nasib baik ada budak-budak lelaki sedang main bola ketika itu (di padang berkenaan).

“Penculik dikatakan memakai topeng muka dan bapa mangsa telah membuat laporan polis,” tulisan dalam mesej itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya