ALOR SETAR: Isu kerjasama politik menjadi pokok perbincangan dengan sayap Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama terbuka untuk bergandingan dengan parti-parti lain kecuali Pakatan harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perkara itu jelas apabila Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan lebih 800 perwakilan Dewan Pemuda mengakui tidak ada satu pun parti di negara ini yang boleh memerintah secara bersendirian. Sebaliknya, katanya, gabungan terbaik diperlukan…










