ALOR SETAR: Pas Kedah konsisten menolak Pakatan Harapan (PH) demi prinsip serta pengalaman panjang bersama DAP yang menjadi antara parti komponen dalam gabungan tersebut. Ketua Penerangan Pas Kedah, Mohd. Azam Abd. Samat berkata, pengalaman panjang Pas bersama pihak terbabit sebelum ini, mendedahkan belang sebenar parti itu. “Ketegasan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam menolak PH baru-baru ini, amat disokong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, tindakan…