Pam minyak dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Pam minyak dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah stesen pam minyak di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) mengalami tumpahan minyak selepas dirempuh sebuah kereta tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.13 tengah malam itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan melalui Mers999 mengenai kejadian seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Mohd Yusarini Idrus berkata, seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

“Ketika tiba, mangsa tiada di dalam kereta di mana kemalangan itu menyebabkan berlaku tumpahan minyak.

“Pasukan Bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelakkan daripada terjadi kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada pukul 12.49 tengah malam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN