Operator ECRL maut bertembung van sekolah di Jalan Kuantan-

Operator ECRL maut bertembung van sekolah di Jalan Kuantan- Sungai Lembing

WAN MOHD. ZAHARI WAN BUSU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pekerja Operator Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) maut apabila motosikal ditungganginya dilanggar sebuah van sekolah di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Azrie Azmi, 26, beralamat di Felda Bukit Bading, Ajil, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari. 

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dan pemandu van sekolah datang dari arah Sungai Lembing menghala ke Kuantan dan sebaik van tersebut tiba di lokasi kejadian, mangsa secara tiba-tiba melintas.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu van tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal yang ditunggang mangsa hingga menyebabkannya cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal tersebut.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi proses bedah siasat dan kes siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya