Murid tahun dua ‘diajak’ naik kereta lelaki tak dikenali depan

Murid tahun dua ‘diajak’ naik kereta lelaki tak dikenali depan sekolah

AHMAD Ismail (kiri) bersama anaknya ketika di temubual pemberita di bandar Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang murid tahun dua berdepan detik cemas apabila dia dipercayai diajak empat lelaki yang tidak dikenalinya untuk menaiki sebuah kereta semasa berada di depan sekolah di Selising di sini semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semasa kanak-kanak berusia lapan tahun itu sedang menunggu ibunya untuk menjemput pulang dari sekolah.

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Ismail, 57, berdasarkan cerita anaknya, salah seorang lelaki memaklumkan kepadanya bahawa saya dan isteri tidak datang menjemput kerana pergi ke klinik.

Menurutnya, cemas apabila disapa oleh individu tidak dikenali, anaknya terus bertindak dengan melarikan diri masuk semula ke dalam sekolah.

“Dia sempat melihat empat lelaki itu, namun, tidak pasti kereta yang dinaiki mereka. Saya amat bersyukur kerana dia bertindak pantas dengan masuk semula ke dalam sekolah. Alhamdulillah, dia selamat.

“Saya membuat pendedahan ini bertujuan untuk memberi kesedaran khususnya ibu bapa agar cakna terhadap anak-anak. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, dia sentiasa mengingatkan anak kelima daripada enam beradik itu agar tidak mengikut orang yang tidak dikenali terutamanya semasa pulang dari sekolah.

Katanya, dia bersyukur apabila anaknya mendengar nasihat itu sekaligus dapat mengelakkan daripada berlaku kejadian culik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi berkata, tiada sebarang laporan dibuat berhubung kes itu setakat ini.

Menurutnya, sebarang berita yang boleh mecetuskan kebimbangan orang ramai perlu disemak dengan teliti dan disahkan dengan pihak polis terlebih dahulu.

“Saya nasihatkan orang ramai tidak menyebarkan menularkan berita tidak sahih yang menimbulkan kegusaran orang ramai menerusi media sosial. Sebaliknya terus melaporkan kepada polis jika ada kesahihan kejadian itu,” katanya.

Zaizul Rizal berkata, individu yang menyebarkan berita tidak berasas boleh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook milik seorang lelaki yang memaklumkan bahawa anaknya nyaris menjadi mangsa culik di sebuah sekolah di Pasir Puteh dan keadaan itu sekaligus menyebabkan orang ramai bimbang apabila banyak cubaan culik kanak-kanak berlaku sejak akhir-akhir ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.