[Muktamar Pas] Pas tegaskan tidak lupakan RUU355

[Muktamar Pas] Pas tegaskan tidak lupakan RUU355

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali RUU355 tidak pernah dilupakan oleh Pas walaupun kini mereka sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti itu kini sedang mempergiat usaha untuk menyediakan draf RUU berkenaan bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. 

“Pelbagai sudut dilihat khususnya aspek perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU355 tersebut lebih komprehensif, seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Kita juga dalam usaha untuk memperkasa dan memartabatkan kedudukan mahkamah syariah setanding dengan mahkamah sivil,” katanya ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-63 yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Fadhli, aspek pemerkasaan mahkamah syariah meliputi pelbagai perkara penting seperti meningkatkan tahap kompetensi hakim syarie, pendakwa syarie dan pegawai penguatkuasa agama.

Selain itu, penambahbaikan aspek tadbir urus dan prasarana mahkamah syariah, penggubalan dan pindaan undang-undang syariah sedia ada dan penyeragaman dan penyelarasan undang-undang syariah antara diberi perhatian.

“Malah, langkah yang telah diambil untuk memperkasa dan menaik taraf mahkamah syariah supaya sesuai dengan perkembangan semasa adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji dan menggubal RUU Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2022.

“Pas bukan sekadar beretorik tentang Islam. Apabila diamanahkan dengan kepimpinan, keindahan dan kesyumulan Islam akan diterjemahkan dalam pemerintahan dan urusan negara. 

“Inilah komitmen dan usaha yang ditunjukkan oleh Pas. Alhamdulillah kesannya, rakyat semakin yakin dengan kemampuan Pas di dalam tadbir urus serta kepimpinan berkualiti yang ditonjolkan oleh kepimpinan dan ahlinya,” katanya.

Tambah beliau, kewibawaan dan kemampuan urus tadbir yang cemerlang serta integriti tinggi ditunjukkan di negeri-negeri yang ditadbir serta di kementerian-kementerian yang diamanahkan memberikan suatu ‘vibes’ yang sangat positif kepada rakyat Malaysia. 

Katanya, Pas membuktikan walau hanya separuh penggal di dalam kerajaan, pencapaian urus tadbir yang ditunjukkan adalah ‘commendable’ dan membanggakan yang menandakan parti itu mampu memimpin. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN