Mesyuarat pelbagai agensi hari ini bagi tangani isu mangsa

Mesyuarat pelbagai agensi hari ini bagi tangani isu mangsa penipuan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat secara bersama yang julung kali melibatkan pelbagai agensi akan diadakan bagi membincangkan usaha menangani mangsa skim penipuan kerja di luar negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memaklumkan bahawa sesi pertama tersebut akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

“Saya telah mengarahkan untuk segera diadakan satu mesyuarat bersama agensi-agensi yang berkaitan pada hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan dari New York, Amerika Syarikat.

Beliau ketika ini berada di sana bagi menghadiri Sesi Debat Umum bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ke-77 yang sudah pun bermula pada Selasa lalu.

Sesi kali ini dapat diadakan secara fizikal dengan kehadiran ramai pemimpin dunia selepas dua tahun terpaksa berlangsung atas talian susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju bagi membentuk satu jawatan kuasa khas pelbagai agensi untuk membantu warga Malaysia yang menjadi mangsa.

Perkara tersebut diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang kini memangku jawatan Menteri Luar selepas mesyuarat Kabinet.

Ia susulan arahan Ismail Sabri agar dibincangkan dalam mesyuarat mingguan jemaah menteri setelah menerima memorandum beberapa badan bukan kerajaan berhubung kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebelum mesyuarat tersebut diadakan, beliau telah pun mempengerusikan satu mesyuarat secara maya bersama ketua perwakilan diplomatik Malaysia.

“Ia melibatkan duta besar dan kuasa usaha sementara di Myanmar, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam bagi mempersiapkan nota mesyuarat untuk diterangkan dalam Kabinet,” katanya.

Mesyuarat bersama Abdul Latiff itu turut bersetuju untuk mereka mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi polis secara berkala dan meningkatkan kempen penerangan media.

Wisma Putra menerusi pejabat perwakilan di luar negara ujarnya, akan terus komited dalam memperkasakan usaha menyelamat dan membawa pulang mangsa terlibat dengan selamat.

Justeru, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri serta Kabinet yang telah meneliti di samping membincangkan dengan amat serius isu panas tersebut.

Dalam pada itu, Saifuddin menerusi hantaran di akaun sosial rasmi beliau turut memuat naik foto-foto eksklusif yang memaparkan keadaan mangsa sebelum dibawa kembali ke Malaysia.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan itu, mereka kelihatan cukup gembira dan ada mangsa bukan kalangan etnik Cina dengan anggaran usia antara 20 tahun hingga 40 tahun.

Bagaimanapun, identiti kesemua mereka dirahsiakan untuk mengelak daripada menjejaskan proses siasatan perisikan oleh pihak polis bagi operasi membebaskan mangsa yang masih belum lagi dikesan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya