Malaysia perlu bantuan pakar luar selamatkan ringgit - Ku Li -

Malaysia perlu bantuan pakar luar selamatkan ringgit – Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah (tengah) tiba untuk merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Brooke di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan semalam.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG : Kerajaan perlu mendapatkan bantuan pakar dari luar untuk menyelamatkan nilai ringgit daripada terus berdepan dengan kejatuhan lebih teruk pada masa hadapan.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jika langkah segera itu tidak diambil berkemungkinan besar nilai ringgit akan terus menjunam sekali gus ‘menekan’ ekonomi negara seterusnya menimbulkan lebih banyak masalah dalam kalangan rakyat.

“Hari ini RM4.63 sen jatuh daripada RM4.50. Saya sudah mencadangkan supaya mengawal dan tidak menamatkan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) kerana kita mesti jaga simpanan negara. Pada masa, kita tidak boleh menggunakan dollar AS untuk pertahankan ringgit yang jatuh. 

“Saya percaya Bank Negara dan pegawai yang ada dalam jawatan kuasa yang ditubuh oleh kerajaan untuk mengawal kejatuhan nilai RM. Selain itu ada lagi langkah-langkah lain yang boleh buat. Tapi, hairannya…nampak seolah-olah macam tak ada tindakan dan ringgit semakin lemah,” katanya selepas ditemui pemberita di Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Brooke di Pos Brooke di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu memberitahu, penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi oleh kerajaan dilihat hanya melaksanakan tugas untuk mengawal kenaikan harga barangan sahaja.

Beliau berkata, bagaimanapun pasukan itu dilihat gagal memainkan peranan untuk menyelamatkan mata RM daripada terus berdepan dengan kejatuhan.

“Bagi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi saya sendiri tak tahu apa yang dilakukan oleh mereka, tapi baca kepada perkhabaran yang dibuat oleh mereka dari semasa ke semasa seolah-olah tiada kesan daripada tindakan yang dibuat mereka.

“Saya tak berani nak kata tak berjaya, tetapi jelas sekali ia tak boleh memberi kesan apabila ringgit terus jatuh setiap pagi kita tengok RM makin rendah nilainya seolah-olah tak ada kesan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN