"Mahkamah menolak alasan-alasan pemohon (Muhammad

Mahkamah tolak permohonan Muhammad Shafee tangguh prosiding kes saman LHDN  

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menggantung prosiding kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Muhammad Farhan Shafee yang mewakili Muhammad Shafee ketika dihubungi media selepas tamat prosiding secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain. 

Mahkamah turut memerintahkan supaya Muhammad Shafee membayar kos sebanyak RM5,000 kepada lembaga berkenaan. 

Muhammad Farhan berkata, mahkamah menetapkan tarikh 6 Oktober hadapan untuk pengurusan kes dan seterusnya menetapkan tarikh perbicaraan. 

“Mahkamah menolak alasan-alasan pemohon (Muhammad Shafee) bahawa wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding itu,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian hari ini.

Prosiding hari ini turut disertai peguam utama Datuk Seri N. Rajan dan Wee Yeong Kang mewakili Muhammad Shafee, manakala LHDN diwakili peguam kanan Hasil, Norhisham Ahmad dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause.

Pada 3 November 2021, Muhammad Shafee memfailkan permohonan agar kes saman yang menuntut tunggakan cukai RM9.41 juta itu ditangguhkan sementara menunggu pelupusan rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia.

Antara alasan yang dikemukakan dalam permohonan tersebut, Muhammad Shafee, 70, memohon prosiding tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan bagi rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berhubung tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta di Mahkamah Persekutuan.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Muhammad Shafee pada 6 Mei 2021 dengan menamakan beliau sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun. 

Berdasarkan dokumen diperoleh media, peguam berkenaan mempunyai tunggakan cukai tahun taksiran RM621,291.85 (2011), RM978,854.11 (2012), RM3,581,500.000 (2013), RM1,735,124.03 (2014) dan RM1,826,557.87 (2016). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya