Lelaki Rohingya lemas dibawa arus selesai menjala -

Lelaki Rohingya lemas dibawa arus selesai menjala

SEORANG lelaki Rohingya ditemukan lemas selepas menjala ikan di Sungai Melayu, Gelang Patah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki Rohingya lemas ketika menjala di Sungai Melayu di Gelang Patah, di sini petang semalam.

Mangsa, Anayatullah Habi Rahman, 27, dibawa arus deras ketika menyeberang sungai setelah selesai menjala bersama-sama dua rakannya di Kilometer 6.6 Jalan Ismail Sultan, Gelang Patah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu kira-kira pukul 3 petang.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Difahamkan, mangsa pergi menjala ikan bersama-sama dua rakannya yang juga warga negara Myanmar pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Mereka perlu menyeberangi sungai untuk pulang ke rumah dan pada ketika itulah, mangsa dihanyutkan arus dan hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Khairi berkata, dua rakannya cuba untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal.

“Selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan, mayat mangsa ditemukan kira-kira kedudukan 15 meter dari lokasi dilaporkan hilang, tersangkut pada ranting-ranting kayu hanyut,” katanya. 

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pukul 7 malam. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya