Keterangan saksi tidak dipercayai asas Zahid bebas kes rasuah -

Keterangan saksi tidak dipercayai asas Zahid bebas kes rasuah

AHMAD Zahid Hamidi ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Kegagalan pendakwaan bagi membuktikan elemen penting pertuduhan rasuah dan keterangan tiga saksi utama tidak percayai menjadi asas keputusan pembebasan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hal ini kerana keterangan tiga saksi penting yang masing-masing merupakan pengarah Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) gagal membuktikan hubungan kait wang itu dengan elemen kes rasuah dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Yazid Mustafa setebal lebih 100 muka surat menyimpulkan pendakwaan gagal membuktikan elemen penting rasuah di bawah 33 pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Berkaitan tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai), saya dapati keterangan saksi 15, 16 dan 17 dan lejar gagal membuktikan elemen resit wang tunai oleh tertuduh.

“Jadi tiada keperluan untuk saya mengulangi analisis di mana saya memilih untuk menolak keterangan tiga saksi penting pendakwaan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya