PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga. Namun, bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, perkara itu hanya akan dipertimbangkan jika tiada calon lain yang sesuai serta jika wujud desakan pelbagai pihak. “Kalau nak fikir tentang kedudukan, saya lebih suka kalau boleh berehat. Walaupun berehat, saya akan memainkan peranan sebagai pakar rujukan, atau memberi nasihat, itu boleh kita buat. “Tetapi, kalau desakan demi…