HATYAI, THAILAND: Di sebalik tukaran Ringgit dan Bath belum menentu, rakyat Malaysia terus berpusu-pusu melancong ke Thailand khususnya di Hatyai iaitu salah satu lokasi popular dengan pelacong sempena musim cuti sekolah ketika ini. Malah, sejak Sabtu lalu, pintu sempadan di Padang Besar sesak dengan orang ramai yang ingin berkunjung ke negara jiran itu. Ekoran sambutan luar biasa itu, difahamkan ramai yang terpaksa beratur sehingga lebih 100 meter untuk proses dokumentasi…










