Hapus doktrin ganggu hal ehwal Islam

Hapus doktrin ganggu hal ehwal Islam

Penubuhan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji kedudukan perundangan syariah di negara ini merupakan langkah berhemat bagi menghormati bidang kuasa kehakiman antara mahkamah syariah negeri dengan Mahkamah Kehakiman Persekutuan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu campur tangan bagi menghentikan penggunaan Doktrin Struktur Asas (BSD) oleh mahkamah sivil yang disifatkan mengganggu hal ehwal Islam di negara ini.

Ini kerana keputusan penghakiman berasaskan BSD bagi kes-kes hukuman mahkamah syariah yang dicabar di mah­kamah sivil bertentangan de­ngan prinsip menjunjung Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Melalui penghakiman berlan­das­kan prinsip doktrin berkena­an, hakim mahkamah sivil bo­leh mentafsir bentuk-bentuk hu­­kuman itu sendiri berasaskan ke­pada kebijaksanaan mereka tan­pa melihat kepada semangat Perlembagaan dan semangat ke­dudukan Islam di dalam negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Gerakan Dau­lat, Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, Perlembagaan 121(1A) memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tanpa dibayangi Mahkamah Sivil.

“Justeru BSD perlu dihapus dan ditolak keseluruhan,” katanya di sini, semalam.

Jelasnya, keputusan peng­hakiman sivil ber­asaskan BSD bagi kes-kes hukuman mah­kamah syariah dikhuatiri memberikan ancaman kepada prinsip Islam sebagai agama rasmi.

Melalui BSD katanya, hakim boleh mentafsirkan bentuk-bentuk hukuman itu sendiri berasaskan kepada kebijaksanaan mereka tanpa melihat kepada semangat Perlembagaan dan semangat kedudukan Islam di dalam negara.

“Perlembagaan 121(1A) memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tanpa dibayangi Mahkamah Si­vil, jadi menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Tetapi apabila satu-satu penghakiman Mahkamah Syariah itu dicabar di mahkamah Sivil, hakim melalui BSD boleh mengkaji semula keputusan Mahkamah Syariah. Ini bertentangan dengan semangat pindaan Perlembagaan 1988 yang mahu memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah.

“Jadi keputusan mutakhir berpihak kepada mereka yang mencabar, maka Mahkamah Syariah seolah-olah tak ada kuasa untuk memutuskan de­ngan muktamad sebarang bentuk kes yang berkaitan pesalah Syariah dan ia juga meletakkan Mahkamah Syariah sentiasa berada di bawah Mahkamah Sivil.

“Contohnya kes liwat atau mana-mana kesalahan jenayah Myariah, mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes di Selangor, maka Mahkamah Syariah tidak lagi boleh membicarakan kes liwat, maka kita khuatir banyak lagi penghakiman yang diputuskan Mahkamah Syariah yang dicabar, Mahkamah Sivil boleh menunjukkan kuasa mutlak (melalui BSD) kepada penghakiman Mahkamah Syariah,” ujarnya.

Gerakan Daulat dilancarkan 6 September lalu selepas melihat kepada keadaan semasa dan beberapa keputusan Mahkamah Persekutuan tidak berpihak kepada Islam.

Sekumpulan peguam sebe­lum ini dilapor membantah penggunaan BSD oleh Mahkamah Persekutuan kerana menganggapnya berbahaya kepada asas pembentukan negara ini dan bakal menimbulkan pertembungan besar.

Dakwa mereka, BSD yang cuba diterima dan diperkenalkan Mahkamah Persekutuan sekarang mempunyai ciri-ciri seperti pendirian bahawa Perlembagaan negara mempunyai struktur asas yang ditentukan oleh mahkamah yang tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

Mereka juga memberikan contoh kes Indira Ghandi di Mahkamah Persekutuan yang menentukan bahawa Mahkamah Sivil me­ngatasi Mahkamah Syariah dan ini adalah struktur asas Perlembagaan, walaupun terdapat Perkara 121(1A).

Sekumpulan peguam juga melancarkan petisyen bantahan rakyat secara dalam talian ke atas penggunaan BSD oleh Mahkamah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mohd. Ros­lan yang juga pensyarah Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, penolakan BSD itu bagaimanapun bukanlah mahu menghina kebijaksanaan hakim, namun mahu menyedarkan masyarakat terhadap penggunaan BSD.

Katanya, ini kerana BSD dicedok daripada luar yang jelas tidak bertepatan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

“Kita mahu supaya mas­ya­rakat faham ancaman perundangan ini terhadap Islam di negara ini.

“Kita tidak menghina sebarang bentuk penghakiman yang dibuat oleh hakim yang bijaksana, tetapi kita memohon BSD tidak digunakan lagi pada masa hadapan,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan pihak berkuasa perlu memberikan satu bentuk menyedarkan hakim-hakim khususnya di Mahkamah Sivil berkaitan Perlembagaan dan kedudukan Islam melatari Perlembagaan Persekutuan yang ada.

“Keduanya, kita meminta pihak kerajaan untuk segerakan penyelarasan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil supaya mereka ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi khususnya lima peringkat di Mahkamah Syariah sama seperti di Mahkamah Sivil,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×