GTA tiada kredibiliti, naratif tak jelas - Utusan Malaysia

GTA tiada kredibiliti, naratif tak jelas

MD. JAIS SARDAY (tiga dari kiri) ketika merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Taman Ilham, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pemimpin parti dalam Gerakan Tanah Air (GTA) tidak mendapat tempat dalam parti besar seperti UMNO menyebabkan mereka menubuhkan parti cebisan yang tidak mendapat sokongan di peringkat akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md. Jais Sarday berkata, apa yang dilakukan dalam penubuhan GTA hanyalah sekadar menambahkan lagi perpecahan orang Melayu dan Islam yang sedia terbahagi menerusi UMNO, Pas dan Bersatu serta yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keseluruhan parti dalam GTA adalah cebisan parti utama negara ini selain beberapa pertubuhan.

“Peneraju GTA, iaitu parti Pejuang hasil daripada cebisan parti UMNO dan Bersatu, manakala Berjasa pada asalnya adalah pendukung parti Pas.

“Parti Putra dan Iman pula adalah daripada pertubuhan yang selama ini asas penubuhannya sendiri punbsamar-samar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Md Jais,. pemimpin dalam empat parti itu juga tidak mempunyai apa-apa kelebihan, selain tidak ada kredibiliti.

“Jika seorang yang tidak mempunyai kredibiliti memimpin, mana mungkin rakyat akan percaya kepada mereka, apatah lagi tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh.

“Oleh yang demikian, adalah amat merugikan sekiranya masih ada lagi rakyat yang percaya dengan apa yang kononnya diperjuangkan oleh GTA ini, semata-mata kerana dipimpin oleh Tun (Dr) Mahathir (Mohamad),” katanya.

Md Jais yang juga Bendahari UMNO Johor berkata, sekiranya hanya berharap dengan keterampilan Mahathir, gerakan itu sudah pasti tidak akan dapat melaksanakan apa yang kononya diperjuangkan, iaitu untuk mengembalikan semula kekuatan negara merentasi pelbagai aspek, termasuk pembangunan ekonomi, rekonsiliasi nasional dan koreksional politik.

“Cukuplah kita sengsara melalui fasa pimpinan Tun Mahathir selama 22 bulan bersama Pakatan Harapan. Menguruskan negara tidak boleh sekadar bermain kata-kata dengan janji bulan dan bintang, apatah lagi naratif gerakan ini tidak jelas. Negara perlu dipimpin oleh pemimpin yang ada pengalaman dan berkredibiliti bagi memulihkan kerosakan yang telah berlaku,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya