Cubaan culik kanak-kanak di Port Dickson tidak benar -

Cubaan culik kanak-kanak di Port Dickson tidak benar

TANGKAP layar hantaran di Facebook yang tular dan mendakwa terdapat cubaan culik kanak-kanak di Kampung Paya, Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dakwaan berkaitan cubaan culik kanak-kanak di Kampung Paya di sini oleh seorang lelaki menaiki kereta Proton Saga yang tular di media sosial Facebook adalah tidak benar dan hantaran tersebut telah dipadamkan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis telah mengesan satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Nur Arina Natasha’ tersebut hari ini.

“Setakat ini, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesahkan tidak ada menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian dan semakan telah dibuat keatas kenderaan jenis Proton Saga berwarna coklat nombor pendaftaran WXQ 6546 seperti mana yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook terbabit.  

“Semakan polis mendapati, pemilik kenderaan tersebut adalah seorang wanita berusia 60 tahun dan kereta itu telah diberi sewa kepada seorang lelaki berusia 27 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata, kereta Proton Saga itu telah dikesan berada di Melaka dan penyewa tersebut tidak mempunyai sebarang rekod lampau.  

“Siasatan lanjut polis juga mendapati kenderaan yang dimaksudkan tiada membuat sebarang pergerakan di daerah Port Dickson sebagaimana yang telah dimuat naik dalam Facebook.  

“Semakan semula ke atas pemilik akaun Facebook ‘Nur Arina Natasha’ juga mendapati hantaran tersebut juga telah dipadamkan,” katanya.

Jelas Nanda, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada sebelum berkongsi atau memuatnaik sebarang berita yang tidak sahih serta boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN