Covid-19: 1,552 kes positif; KL tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: 1,552 kes positif; KL tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,552 kes berbanding kelmarin, 1,186 kes sekali gus diatasi 1,684 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 387 kes diikuti Selangor (323), Sabah (164) dan Perak (119).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Sarawak sebanyak 94 kes, Pulau Pinang (76), Negeri Sembilan (68), Kelantan (65), Kedah (64), Johor (55), Melaka (54), Terengganu (22), Pahang (34) dan Putrajaya sebanyak 16 kes.

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, lapan kes dan Perlis, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 394 orang berbanding kelmarin, 323 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 46 kes berbanding jumlah kelmarin, 52 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 26 kes berbanding jumlah kelmarin, 35 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 13 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,080 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, tujuh kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,363 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,732 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya