Bersara awal punca kurang guru bahasa - Utusan Malaysia

Bersara awal punca kurang guru bahasa

MAH Hang Soon (kiri) melihat gambar yang dipamerkan di galeri SMJK Tsung Wah di Kuala Kangsar hari ini.-UTUSAN/ MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Tindakan guru bersara lebih awal menyebabkan terdapat sekolah-sekolah di negara ini mengalami masalah kekurangan guru bahasa meskipun pengambilan guru secara one-off telah dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengambil pelbagai usaha berterusan untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kita sentiasa berusaha untuk memastikan jumlah tenaga pengajar yang mencukupi untuk semua sekolah, namun, kita tahu ada juga guru yang mengambil bersara secara awal bukan mengikuti pesaraan wajib dan sebagainya.

“Selain itu, ada juga guru yang mengambil cuti bersalin dan sebagainya, jadi, usaha berterusan sentiasa diambil KPM untuk menanggani apa-apa masalah ke arah tersebut,” katanya kepada pemberita pada perasmian Galeri Tsung Wah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tsung Wah di sini hari ini.

Beliau mengulas masalah kekurangan guru bahasa bahasa Inggeris, Cina dan Tamil di seluruh negara meskipun seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM tahun lalu.

Menurut Hang Soon, pengambilan guru secara one off tahun lalu merupakan antara usaha daripada KPM untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru yang dihadapi negara sebelum ini.

“Pelbagai usaha telah kita ambil mengikut kesesuaian dan KPM sentiasa mengambil berat masalah ini” katanya.

Mei lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Kelantan mengalami kekurangan guru Bahasa Inggeris seramai 650 orang di sekolah rendah dan menengah di negeri tersebut.

Menurutnya, kekurangan itu kini ditampung oleh guru bukan opsyen yang mendapat latihan serta dikenal pasti berkemampuan untuk menyampaikan pengajaran mata pelajaran berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya