Amanah kecewa Dap dijadikan 'punching bag' - Utusan Malaysia

Amanah kecewa Dap dijadikan ‘punching bag’

MOHAMAD Sabu (kiri) sempat mengadakan perbincangan bersama-sama perwakilan parti Amanah Negeri Kelantan pada Majlis Fundraising Jamuan Laksa Menuju PRU 15 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) kecewa apabila DAP terus dijadikan ‘punching bag’ dalam arena politik tempatan demi menghidupkan sentimen Melayu dalam kalangan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, situasi politik negara kini bergantung kepada rakyat dan isu-isu yang dimainkan oleh setiap parti termasuk sentimen takutkan DAP.

Menurutnya, rakyat terus dimomokkan dengan sentimen berkenaan walaupun DAP sendiri telah membuktikan keupayaan mereka sebagai sebuah kerajaan negeri di Pulau Pinang.

“Pada masa kini DAP telah membuktikan mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang bagus sehingga dapat membina lebuh raya dari bandar Pulau Pinang ke Balik Pulau menggunakan duit kerajaan negeri.

“Semua ini berjaya dilaksanakan kerana keadaan rasuah terkawal dan tidak berlaku kebocoran atau ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Fundraising Jamuan Laksa menuju PRU15 di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu menjelaskan, keadaan tersebut membuktikan DAP sebagai kerajaan negeri menjaga kepentingan rakyat di Pulau Pinang malah orang Islam di situ juga tidak mempunyai sebarang isu besar dengan kerajaan negeri.

Katanya, bagaimanapun sentimen takutkan DAP terus dimainkan termasuk membabitkan dakwaan Tabung Haji tergadai sejak Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

“Semua pembohongan itu akhirnya terbongkar apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah. Dalam banyak isu termasuk Tabung Haji, DAP dijadikan ‘punching bag’ untuk menghidupkan sentimen Melayu tanpa mengira ia benar atau tidak.

“Kita akan berusaha memberi penerangan kepada orang ramai dan menghapuskan sentimen takutkan DAP. Kita sebenarnya perlu lebih ilmiah dan melebihkan aspek penerangan isu semasa dalam ceramah politik berbanding memainkan isu perkauman,” ujarnya.

Bekas Menteri Pertahanan itu menjelaskan, isu perkauman merupakan sentimen paling mudah dimainkan dalam ceramah politik walaupun ia sebenarnya sangat tidak disukai oleh Rasulullah SAW sendiri.

“Masalah perkauman ini sebenarnya berlaku di zaman Rasulullah sendiri terutama dalam kalangan puak-puak Arab yang tebal dengan semangat asabiah.

“Isu perkauman adalah alat paling mudah untuk menaikkan semangat suku kaum untuk berperang dan sebagainya. Kerana itu Nabi Muhammad s.a.w meletakkan sabda yang cukup kuat iaitu “bukan daripada kaumku orang yang memperjuangkan asabiah,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya