Akhi Fairuz kongsi gambar, tangkap layar mesej lucah

Akhi Fairuz kongsi gambar, tangkap layar mesej lucah – Firdaus Wong

EBIT Lew (dua kiri) bersama barisan peguam belanya, Ram Singh (dua kanan), Kamarudin Mohmad Chinki (kanan) dan Timothy Daut (kiri) di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pendakwah Firdaus Wong Wai Hung memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah berkongsi dengannya tangkap layar mesej dan gambar lucah yang dikaitkan dengan seorang pengadu wanita.

Katanya, gambar tersebut termasuk kemaluan lelaki kemudiannya beliau muat turun ke telefon bimbitnya.

Firdaus berkata, wanita dalam kes ini membuat aduan kepada Akhi Fairuz selepas melihat satu hantaran Akhi Fairuz di facebook.

Katanya, wanita itu telah berhubung dengan dengan Akhi Fairuz melalui  Whatsapp. termasuk mengadu bahawa dia telah menerima gambar-gambar lucah.

“Kemudian beliau (Akhi Fairuz) telah berkongsi dengan saya gambar dan tangkap layar mesej lucah daripada Ebit Lew yang diterima wanita tersebut. Saya telah menerima gambar kemaluan lelaki,” katanya.

Itu antara keterangan pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung, 39, semasa hadir sebagai saksi ketiga pertuduhan gangguan seksual terhadap Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37, di Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam sesi pemeriksaan utama, beliau memberitahu mahkamah bahawa hantaran Facebook saksi pertama iaitu Akhi Fairuz pada 26 Julai 2021 dilakukan setelah menerima aduan daripada seorang wanita lain yang memaklumkan menerima gangguan seksual oleh Ebit Lew.

“Selain itu, kami menerusi sayap wanita MRM juga sedang mengendalikan kes yang melibatkan individu-individu berpengaruh dalam masyarakat. Majoriti mangsa yang mengadu kepada kami tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan.

“Maka, hantaran (Facebook) itu memang tidak merujuk kepada Ebit sahaja. Kami menerusi sayap wanita MRM masih menerima kes-kes lain yang berprofil tinggi seperti kes amang seksual selebriti baru-baru ini,” katanya dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Firdaus yang juga Pengasas merangkap Presiden MRM itu berkata, antara isi kandungan hantaran Facebook itu adalah berkaitan kesediaan, kesanggupan dan penawaran oleh Akhi Fairuz untuk membantu mangsa-mangsa gangguan seksual.

“Posting (hantaran) ini dilakukan oleh Akhi Fairuz setelah kami berbincang dan mendapati terdapat wanita-wanita lain yang telah mengadu kepada kepada kami tentang gangguan seksual yang dilakukan oleh Ebit Lew.

“Maka, kami tawarkan jikalau ada wanita yang menjadi mangsa seksual grooming atau gangguan seksual untuk tampil kehadapan tanpa perlu risau,” katanya.

Firdaus berkata, setahu beliau, wanita dalam kes ini membuat aduan kepada Akhi Fairuz selepas melihat satu hantaran Akhi Fairuz dan wanita ini telah berhubung dengan dengan Akhi Fairuz melalui aplikasi Whatsapp.

Mengulas lanjut katanya, selain menanggung kos penerbangan pengadu bersama suaminya untuk ke Kuala Lumpur, MRM menerusi sayap wanitanya turut memberi khidmat kaunseling dan rawatan Islam kepada pengadu bagi memberi semangat dan membantu pengadu keluar daripada trauma yang dialami.

Setakat ini, tiga saksi pendakwaan telah dipanggil termasuk Firdaus, penceramah motivasi, Mohd. Fairuz serta pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Superitendan, Salwani Mohd Hadzir, 40.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 22 Disember sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes berkenaan.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili Ram Sing, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya