PETALING JAYA: Sejumlah 80,747 kilang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di seluruh negara berpotensi menyebabkan pencemaran terutama terhdap sumber air minuman sekiranya pengusahanya gagal mematuhi prosedur operasi yang ditetapkan khususnya dalam rawatan sisa efluen. Lebih memburukkan keadaan ialah wujud juga yang beroperasi secara haram tetapi tidak dapat dipantau kerana tiada rekod rasmi dari segi jumlah dan lokasi kilang-kilang berkenaan. Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff…










