PETALING JAYA: Kira-kira 50 peratus daripada 32.7 juta penduduk negara ini berisiko berdepan masalah bekalan air pada masa hadapan ekoran pencemaran sungai di Malaysia ketika ini berada pada tahap yang sangat serius kesan pelepasan pelbagai sisa industri. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Damien Thanam Divean berkata, pencemaran sungai yang menjadi sumber air sangat serius dan ia berlaku di seluruh negara bermula di hulu sungai…











