Warga emas mahu tawan Everest kali keempat - Utusan Malaysia

Warga emas mahu tawan Everest kali keempat

JAMES Lee Chong Meng menunjukkan Sijil Kursus Asas MGP yang dihadiri anjuran JPSM di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kejayaan menawan puncak Everest tiga kali belum memuaskan hati seorang warga emas James Lee Chong Meng, 74, yang mahu mengulanginya buat kali keempat Mei tahun depan.

Dia yang menetap di Ayer Keroh Heights di sini berkata, faktor usia bukan penghalang selepas berjaya menawan puncak yang berketinggian 8,848 meter itu pada 2016, 2017 dan 2018.

Menurutnya, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melakukan misi tersebut.

“Hasrat untuk kembali semula ke Nepal menjadi kenyataan setelah mendapat bantuan penaja berjumlah RM200,000 yang akan digunakan sepanjang pendakian di gunung berkenaan.

“Saya tidak gentar berdepan cabaran seperti cuaca sejuk dan ketinggian gunung berkenaan kerana sudah biasa dengan situasi tersebut, sepanjang tiga kali kejayaan menawan puncak tertinggi di dunia itu.

“Bulan Mei, saya pilih kerana itu sahaja masa paling sesuai buat pendaki dari seluruh dunia yang berhajat untuk berada di puncak penuh salji itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

James adalah salah seorang daripada 55 peserta yang menghadiri Kursus Asas Malim Gunung Perhutanan (MGP) selama lima hari anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) baru-baru ini.

Ditanya mengenai persediaannya, James berkata, selain faktor fizikal, soal kesihatan adalah perkara paling utama harus diberikan tumpuan terutama dalam soal pemakanan.

Jelasnya lagi, beliau akan berada di Nepal dua bulan lebih awal bagi menjalani latihan fizikal dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca serta beberapa faktor lain.

“Faktor usia bukan jadi penghalang kerana saya cukup yakin dengan keupayaan diri untuk melakukannya. Lagi pun saya telah membuat persiapan awal kerana saya pergi berseorangan tanpa rakan-rakan.

“Saya ada satu prinsip untuk menjaga kesihatan dengan mengurangkan makan ‘lima putih’ iaitu beras, gula, tepung, susu atau krim dan garam. Ini adalah amalan yang saya buat pada tiga pendakian sebelum ini untuk mengekalkan stamina,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya