Tambang feri ke Langkawi naik mulai esok - Utusan Malaysia

Tambang feri ke Langkawi naik mulai esok

AEBUAH feri penumpang yang beroperasi bagi perjalanan ke Pulau Langkawi. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tambang feri ke pulau pelancongan ini akan naik sehingga RM3.5 mulai esok ekoran kenaikan pelbagai kos operasi.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, walau bagaimanapun penduduk Langkawi, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) masih kekal menikmati tambang feri yang sama.

Mengikut kadar baharu, harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi kini sebanyak RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.

Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 bagi tambang kanak-kanak.

“Kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah pada 15 Disember 2007 atau 15 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Baharin, harga diesel industri adalah sebanyak 83 sen setiap liter pada 2007 telah melonjak kepada RM4.17 setiap liter.

Jelasnya lagi, kos operasi juga meningkat apabila kadar upah kapten feri telah meningkat daripada RM2,400 pada tahun 2000 dan kini kadar upah yang diwartakan kerajaan itu telah meningkat kepada RM6,000 pada tahun ini.

Pihak konsortium juga mengenakan harga berbeza bagi warganegara asing, yang sebelum ini membayar tambang yang sama dengan penduduk tempatan.

Tambang warga asing bagi laluan Kuala Perlis adalah sebanyak RM27 bagi dewasa dan RM19.50 bagi kanak-kanak, dan untuk laluan Kuala Kedah RM34.50 bagi dewasa dan RM25.50 bagi kanak-kanak. – UTUSAn

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.