Rugi RM1.3 juta ditipu sindiket  kereta lupus - Utusan Malaysia

Rugi RM1.3 juta ditipu sindiket  kereta lupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jika ditawarkan iklan yang menarik dalam media sosial, jangan terus ‘terpikat’.

Selidik dahulu sama ada tawaran itu sahih atau hanya ‘pancing’ untuk menipu orang ramai seperti yang dialami seorang pengamal perubatan yang berhasrat memulakan perniagaan dalam bidang kereta potong dari Singapura.

Akibatnya, mangsa mengalami kerugian besar, iaitu RM1.3 juta diperdaya oleh sindiket penipuan, kononnya menjual kereta potong dari Singapura.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang berusia 34 itu dipercayai mula tertarik terhadap iklan dalam laman sosial Facebook pada penghujung Julai lalu.

Mangsa kemudian menekan pautan iklan tersebut sebelum berinteraksi dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa mungkin nak mulakan bisnes alat ganti kenderaan. Jadi, dia nak beli kereta skrap dari Singapura. Mangsa  tidak pernah jumpa secara fizikal dengan suspek, mereka berhubung melalui dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mangsa melakukan beberapa transaksi memindahkan wang berjumlah RM1.3 juta tersebut ke akaun disyaki milik suspek bermula 1 hingga 19 Ogos lalu, namun menyedari tertipu apabila suspek gagal dihubungi sebelum tampil membuat laporan pada 20 Ogos lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN