Remaja parah terlanggar gajah - Utusan Malaysia

Remaja parah terlanggar gajah

MUHAMMAD DANISH SAEDIN cedera parah akibat terlanggar seekor gajah yang melintas di Jalan Kluang-Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang remaja cedera parah apabila motosikal ditunggangnya terlanggar seekor gajah di Jalan Kluang-Kota Tinggi antara Taman Seri Impian ke Bulatan MARDI, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Muhammad Danish Saedin, 17, mengalami pendarahan dalam kepala dan menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menurut ibu mangsa, Mislawati Paiman, 46, anaknya keluar rumah di Taman Sri Lambak untuk mengisi minyak di Taman Seri Impian.

“Kawan dia datang rumah beritahu anak saya kemalangan langgar gajah, saya terus bergegas ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Anak saya dirujuk ke HSA dan pagi ini akan menjalani pembedahan. Kami sekeluarga mendoakan dia kembali sembuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mislawati berharap pihak berkuasa yang berkenaan memandang serius kehadiran binatang liar termasuk gajah yang sudah sekian lama menghantui penduduk sekitar.

Dia turut dimaklumkan kawasan kemalangan tiada lampu jalan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya