Seri Paduka Baginda bertitah, ini terutamanya jawatan di peringkat

Raja Permaisuri Agong tuntut lebih ramai wanita pegang jawatan tinggi

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua kiri) diiringi Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Tan Sri Dr Sharifah Hapsah (kiri) beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada sambutan Hari Wanita Ke-60 di Dewan Perdana FELDA di sini, hari ini.-UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menuntut supaya lebih ramai wanita mengisi jawatan tertinggi di negara ini.

Seri Paduka Baginda bertitah, ini terutamanya jawatan di peringkat kementerian dalam kerajaan kerana jumlah wanita yang memegang jawatan tertinggi jauh lebih rendah berbanding bilangan wanita yang layak untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wanita mewakili 50 peratus daripada keseluruhan pengundi di dunia dan hanya mewakili peratusan kecil di peringkat kementerian.

“Sehubungan itu, perlunya anda tuntut. Kerana tanpa undi wanita…itu sahaja saya tak perlu sambung,” titahnya sempena Sambutan Hari Wanita ke-60 anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) di ibu negara.

Titah baginda, wanita sudah banyak memainkan peranan penting dalam pelbagai perkara dan sebab itu hak wanita yang diperjuangkan mereka harus didengari oleh semua pihak.

“Wanita juga perlu memainkan peranan utama sebagai watak pendamai kepada negara untuk membawa keamanan dalam keadaan situasi memerlukan,” titahnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya