Petugas media harus waspada kendali dron untuk liputan berita -

Petugas media harus waspada kendali dron untuk liputan berita

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para pengamal media tempatan di seluruh negara dinasihatkan lebih prihatin terhadap segala peraturan pengendalian sistem pesawat tanpa pemandu (UAS).

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bersedia menilai keperluan petugas-petugas organisasi media terhadap jentera yang dikenali sebagai dron itu.

“Tanpa pendedahan, pengetahuan dan kemahiran, ia dikhuatiri boleh mengakibatkan insiden tidak diingini yang menyebabkan kemungkinan berdepan tindakan undang-undang,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Pengoperasian UAS Bersama Media Putrajaya anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di sini hari ini.

Program sehari ini diadakan khusus bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan kelayakan dan sekatan pengendalian dron bagi tujuan liputan berita dari sudut pandangan udara.

Respons tersebut akan diteliti semula pihak Kementerian Pengangkutan dan CAAM termasuk kelulusan segera bagi permohonan UAS dan had jarak ketinggian penerbangan dibenarkan.

Pada bengkel sehari itu, petugas media turut didedah kepada kawasan larangan pengendalian dron yang meliputi lebih 2,000 zon termasuk sejumlah 50 lokasi di sekitar Putrajaya sendiri.

Menjelaskan lebih lanjut, Ka Siong berkata, penggunaan UAS yang makin berleluasa oleh pengamal media turut berpotensi terdedah kepada bahaya risiko tertentu seperti isu-isu+ keselamatan.

“Pengoperasin dron juga rentan kepada pencabulan privasi kerana ada batasan dan perlu latihan yang betul bagi elak kes kecederaan atau kematian jika berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menghargai kreativiti pihak media yang semakin popular dalam penggunaan UAS berteknologi bagi merakamkan foto atau video dari udara dengan pantas dan berkualiti.

Ujarnya, CAAM sebagai agensi kawal selia yang bertanggungjawab sedang giat memberi pendedahan kepada awam berhubung kepentingan dron secara lebih selamat.

Pada ketika ini, semua pengendali UAS dan organisasi latihan pesawat tersebut hanya tertakluk kepada peraturan tertentu di bawah Arahan Penerbangan Awam 6011 Bahagian I, II dan V.

Malangnya, ramai individu dikesan menerbangkan dron tanpa permit CAAM sama ada secara sengaja atau tidak sedar mereka melanggar undang-undang sehingga menyebabkan nahas.

Justeru, kata Ka Siong, pihak kementerian tersebut bersedia meminda peraturan dan akan memperkenalkan Sistem Pengurusan Trafik UAS (UTM) bagi pemantauan aktiviti pesawat itu.

“Dengan adanya laman atau aplikasi tertentu atas talian untuk sistem ini, pengendali dron sama ada komersial atau rekreasi akan lebih bertanggungjawab jika berlaku kes nahas,” katanya.

 UTM jelasnya, yang bakal diwujudkan tahun depan itu dijangka memastikan setiap UAS dibeli perlu didaftar pemiliknya bagi tujuan kawal selia lebih tersusun termasuk rekod penerbangan. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya