KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan disaran memperkenalkan pendidikan teknikal dan kemahiran (TVET) kepada pelajar di semua sekolah menengah seawal tingkatan satu. Presiden Alumni Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung Kebangsaan (GPMS), Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pendedahan awal memudahkan kaunselor di sekolah melihat kecenderungan pelajar sama ada dalam akademik atau TVET. Menurut beliau, modul-modul yang diberikan kepada kaunselor-kaunselor sekolah perlu dikaji semula supaya pelajar yang tidak berminat dengan akademik beralih mempelajari bidang…