PETALING JAYA: Kualiti Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Pasum) menjadi persoalan ramai berikutan wujud cadangan menaik taraf institusi itu di samping penggantian tenaga pengajar. Keadaan tersebut sekali gus bakal menyebabkan pusat asasi pertama dan tertua negara berkemungkinan lenyap gara-gara rombakan yang didakwa giat dilakukan pihak pentadbiran universiti secara senyap-senyap. Difahamkan, sehingga kini seramai 13 pensyarah kanan yang berpengalaman di pusat itu diarahkan berpindah ke Fakulti Sains berkuat kuasa 1 Julai…