Pengawal keselamatan cedera diserang tiga lelaki bersenjata - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan cedera diserang tiga lelaki bersenjata

Keadaan pengawal keselamatan, Ismail Ahmad, 58, selepas diserang tiga lelaki bersenjata parang di Tapak Projek Perumahan Seira 4 Bukit Banyan, di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan cedera di kepala dan tangan kiri selepas diserang tiga laki bersenjata parang yang tidak dikenali di Tapak Projek Perumahan Seira 4 Bukit Banyan, di sini, semalam.

Mangsa, Ismail Ahmad, 58, bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.15 petang.

Beliau berkata, hasil temu bual bersama mangsa mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang bertugas di pos pengawal tapak projek Siera 4 Bukit Banyan tersebut.

Katanya, menurut mangsa, dia telah diserang dengan parang oleh tiga lelaki yang tidak dikenali selepas dia bertindak menegur salah seorang daripada mereka kerana menunggang motosikal secara bahaya dalam kawasan pembinaan tersebut.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera di kepala dan tangan kiri dan telah dikejarkan ke HSAH untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa kini masih dirawat dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Zaidy susulan kejadian itu, pihaknya menangkap dua suspek lelaki berusia berusia 37 dan 41 tahun bagi membantu siasatan manakala seorang lagi suspek masih diburu.

“Hasil semakan mendapati suspek yang berusia 37 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan dan penyalahgunaan dadah manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya