Pelajar SMA Chuah perlu segera pindah bangunan baharu -

Pelajar SMA Chuah perlu segera pindah bangunan baharu

PELAJAR-pelajar SMA Chuah yang masih menggunakan bangunan lama dan kelas kabin yang berada di dalam kawasan Masjid Kariah Kampung Chuah, Port Dickson.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Ibu bapa bagi pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah di sini menggesa pihak berwajib dapat menyegerakan proses pemindahan pelajar dan guru-guru ke bangunan baharu sekolah itu yang telah pun siap sejak dua tahun lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit, Norshamsul Azmi Mohd. Nor berkata, sehingga kini seramai hampir 200 pelajar sekolah terbabit masih terpaksa menggunakan bangunan lama termasuk kelas diperbuat daripada kabin yang menumpang di kawasan Masjid Kariah Kampung Chuah.

PELAJAR-pelajar SMA Chuah yang masih menggunakan bangunan lama dan kelas kabin yang berada di dalam kawasan Masjid Kariah Kampung Chuah, Port Dickson.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

“Pelajar-pelajar dan guru masih lagi menggunakan bangunan dan kelas yang sudah usang dan kurang selesa di dalam kawasan masjid walaupun bangunan serba baharu yang selesa dan luas telah pun siap sejak dua tahun lalu.

“Ibu bapa terus mendesak supaya pihak berwajib ambil tindakan segera, selesaikan segala isu termasuk dokumentasi yang masih menghalang untuk proses pemindahan dilakukan. Ibu bapa tentunya mahukan yang terbaik dan ingin anak-anak mereka belajar dalam keadaan selesa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Norshamsul Azmi berkata, SMA Chuah pada asalnya dikenali Sekolah Ugama Menengah Rendah Chuah dan telah ditubuhkan pada tahun 1959 di dalam kawasan Masjid Kampung Chuah.

Pada tahun 1977, bangunan baharu telahpun dibina dan 20 tahun kemudian bangunan sambungan didirikan dan berikutan penambahan bilangan pelajar sehingga kini, empat buah kabin telah digunakan bagi dijadikan sebagai bilik darjah.

Menurut beliau lagi, SMA Chuah kemudiannya telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan pada tahun 2018 majlis pecah tanah pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan telah dimulakan.

Sementara itu tambah Norshamsul Azmi, harapan supaya pelajar untuk berpindah segera bukan sahaja datang daripada ibu bapa malah penduduk kampung serta ahli kariah masjid.

“Sekolah ini begitu dekat di hati penduduk kampung, para pelajarnya malah bekas pelajarnya juga merupakan kebanyakan hadir dari beberapa kampung sekitar.

“Sebagai ahli jawatankuasa masjid, saya juga sering ditanyakan di dalam mesyuarat bilakah sekolah ini akan berpindah kerana pihak masjid juga mempunyai perancangan untuk menambah baik kawasan masjid termasuk membina bangunan dan kemudahan baharu bagi menampung kehadiran jemaah yang bertambah,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya