Ketua Penerangan Pas negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata,

Pas berusaha satukan parti-parti politik Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Pas negeri akan berusaha untuk menyatukan parti-parti politik Melayu di negeri ini agar agenda perpaduan ummah dapat dijayakan sekali gus mengelakkan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Dalam masa sama, Pas negeri juga mengingatkan semua pihak agar tidak melupakan sejarah 22 bulan negara di bawah pemerintahan kerajaan PH sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, kejayaan PH memerintah negara adalah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan parti-parti politik dan pengundi Melayu Islam.

Katanya, ekoran perpecahan tersebut secara tidak langsung memberikan undi yang cukup besar buat pakatan berkenaan menerajui Putrajaya dalam pilihan raya sebelum ini.

“Kesan daripada hal tersebut juga, jurang perpaduan antara kaum semakin meluas, hak-hak umat Islam dan bumiputera semakin terhakis bahkan kuasa raja-raja Melayu turut tercabar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Azmir berkata, Pas negeri juga menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin agar semua pihak memberi fokus kepada agenda satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



“Kenyataan itu juga selaras dengan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin sebelum ini supaya semua pihak khususnya parti-parti politik Melayu Islam terus berusaha memastikan perpaduan ummah dapat dicapai kerana perkara berkenaan merupakan perintah Allah SWT,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN