Pas ancam protes besar-besaran di seluruh negara -

Pas ancam protes besar-besaran di seluruh negara

GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan supaya membatalkan kesemua konsert artis antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di negara ini.

Beliau menjelaskan, Pas sebagai salah sebahagian daripada anggota Kabinet akan memainkan peranan untuk memastikan konsert-konsert tersebut dapat dibatalkan kerana menganggap ia tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia.

“Bagi pihak Dewan Pemuda Pas, saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung.

“Masa yang tidak sesuai, nilai yang dibawa tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, Pas tidak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tenaga perseorangan yang prihatin dengan isu ini kita seru untuk bangkit bersama, jangan dibiarkan budaya hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat.

“Mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana, Putrajaya.

“Jika ada saudara-saudara seagama yang berperanan sebagai penghalang usaha ini baik dengan tindakan mahupun dengan kata-kata, doakanlah mereka mendapat hidayah,” katanya.

Pada 18 Ogos lalu, penyanyi terkemuka antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Billie Eilish mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

Seorang lagi penyanyi ternama, Justin Bieber pula akan mengadakan konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Oktober 2022. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya