PAC ingatkan nyahklasifikasi laporan LCS perlu menyeluruh

PAC ingatkan nyahklasifikasi laporan LCS perlu menyeluruh

ISU LSC mendapat perhatian Kabinet yang mengarahkan SPRM dan Pejabat Peguam Negara bertindak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengingatkan kerajaan untuk menyahklasifikasikan dua laporan berkaitan isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) perlu dilakukan secara menyeluruh. 

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, jawatankuasa itu bagaimanapun tetap menyambut baik keputusan Kabinet hari ini, yang telah menerima pakai dua syor PAC yang paling penting dalam laporan perolehan kapal LCS tersebut. 

Katanya, keputusan Kabinet itu yang proaktif terhadap syor yang dikemukakan PAC membuktikan pentingnya usaha yang dilakukan jawatankuasa bagi memastikan segala tatacara dan perolehan kewangan kerajaan dipatuhi demi kepentingan rakyat dan negara. 

Malah, ujarnya, ia juga membuktikan bahawa cabang Legislatif mampu memainkan fungsinya yang penting untuk semak dan imbang terhadap cabang eksekutif dalam suatu sistem demokrasi parlimen yang sihat.

“(Namun), PAC ingin mengingatkan kerajaan dan menegaskan keputusan untuk menyahklasifikan laporan berkenaan perlu dilakukan sepenuhnya bukan seperti yang berlaku terhadap Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkaitan Projek AES yang mana banyak maklumat telah dihitamkan dengan nama dan alasan ‘menjaga kepentingan kerajaan’.

“PAC akan terus memantau pematuhan dan pelaksanaan syor-syor PAC dalam Laporan Perolehan Kapal LCS yang lain oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju laporan JKSTUPKK berkaitan isu kapal LCS yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum. 

Jemaah Menteri juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan, namun proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya