Masalah perkahwinan tertinggi dirujuk ke Unit Kaunseling YPKTD - Utusan Malaysia

Masalah perkahwinan tertinggi dirujuk ke Unit Kaunseling YPKTD

KHAIRIN-NISA ISMAIL (kanan) menyertai aktiviti bersama-sama kanak-kanak yang ditempatkan di Taska JCC di Jalan Datuk Mohd. Shah, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Masalah perkahwinan antara isu yang paling banyak dirujuk ke Unit Kaunseling dan Motivasi di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, masalah lain yang turut dirujuk ialah isu kekeluargaan dan kanak-kanak.

Katanya, pasangan serta individu yang datang untuk mendapatkan khidmat nasihat juga semakin meningkat, khususnya ketika dan selepas pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

“Setakat ini, terdapat 10 unit kaunseling di bawah YPKDT di negeri ini, iaitu sebuah di setiap daerah yang dikendalikan oleh 10 kaunselor.

“Perkhidmatan yang diberikan bukan hanya tertumpu kepada satu-satu kaum, malah, dibuka kepada semua tanpa mengira keturunan dan agama,” katanya selepas merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Jauhar Childcare Centre (JCC) dan Bilik Kaunseling Mind-X YPKDT di Jalan Datuk Mohd. Shah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairin-Nisa maklumkan, terdapat empat buah Taska JCC di negeri ini, masing-masing sebuah di Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat dan Muar.

Setiap Taska JCC menempatkan kurang 50 kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga empat tahun mengikut keluasan bangunan.

“Jika sebelum ini ia hanya dikhususkan untuk anak-anak penjawat awam, namun, kini dibuka kepada semua tanpa mengira keturunan dan agama bermula jam 8 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Pihaknya menyasarkan tahun depan untuk mewujudkan Taska JCC di semua daerah dengan menjadi bangunan atau kuarters kerajaan yang tidak digunakan sebagai taska berkenaan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya