Mara Digital Mall: Usaha Ismail Sabri akan diteruskan - Utusan Malaysia

Mara Digital Mall: Usaha Ismail Sabri akan diteruskan

MAHDZIR Khalid sewaktu berucap merasmikan JPKM Parlimen Jelebu di Pekarangan Kompleks UMNO Bahagian Jelebu di Simpang Pertang, Jelebu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara)  akan menambah baik  pusat jualan peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat, Mara Digital Mall di ibu negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Mara akan menambah baik pusat perniagaan tersebut dan meneruskan usaha yang dimulakan pada tahun 2015 serta dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pada ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Mara tidak meninggalkan kawasan itu, kami masih meneruskan usaha dan menyambung apa yang Datuk Seri Ismail buat pada waktu itu.

“Peruntukan disediakan oleh Mara ketika ini iaitu untuk kerja-kerja penyelenggaraan Mara Digital Mall selain bantuan pembiayaan kepada usahawan-usahawan,”  kata beliau selepas merasmikan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) Parlimen Jelebu di Pekarangan Kompleks UMNO Bahagian Jelebu di Simpang Pertang di sini hari ini. 

Menurut beliau, kementerian mempunyai peruntukan untuk membantu usahawan tersebut bangkit semula akibat pandemik Covid-19.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan peniaga-peniaga di Mara Digital Mall menggesa campur tangan Perdana Menteri bagi menghidupkan semula pusat perniagaan itu yang dikatakan kini suram dan sepi tanpa pelanggan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya