LCS: Jangan timbulkan persepsi buruk terhadap pemimpin UMNO

LCS: Jangan timbulkan persepsi buruk terhadap pemimpin UMNO

lcs
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemuda UMNO membidas sikap seorang Ahli Parlimen Pas yang didakwa sengaja menimbulkan persepsi buruk terhadap pemimpin parti itu berkaitan isu kapal tempur pesisir (LCS).

Pengarah Komunikasinya, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, Pemuda UMNO sentiasa konsisten dan tegas menyokong sebarang tindakan undang-undang andai wujud salah laku dalam kalangan pemimpin parti itu.

“Adakah beliau sengaja memberi gambaran negatif seolah-olah ada pemimpin Barisan Nasional (BN) terlibat salah laku dalam projek LCS, sedangkan hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula melakukan pendakwaan kepada mereka yang disyaki terlibat.

“Tolong buktikan sekiranya ada pemimpin UMNO terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dalam projek itu dan namakan pemimpin berkenaan dan salah laku sekiranya beliau ahli politik budiman yang bercakap berdasarkan fakta,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang kenyataan pemimpin Pas itu yang mendakwa beliau diasak oleh penyokong parti tertentu ekoran desakannya supaya isu LCS disiasat segera.

Menurut Syed Mohd. Johan Rizal, selaku salah seorang anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pemimpin itu sepatutnya memberi kenyataan berdasarkan fakta daripada laporan jawatankuasa itu.

“Ini kerana daripada laporan PAC sendiri tidak ada pun disebut salah guna kuasa, seleweng mahupun penglibatan rasuah menteri daripada UMNO atau mana-mana pemimpin UMNO, jadi yang kita faham setakat ini adalah masalah pengurusan projek dan kelewatan.

“Bagi kami, beliau sengaja mewujudkan niat jahat dan cuba menimbulkan persepsi serta imej tidak baik kepada UMNO seperti mana biasa yang sering Pas lakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×