Berdasarkan data tersebut, tahap jalan raya negara ini adalah

Kualiti jalan di Malaysia 21 terbaik di dunia, atasi Australia, Britain, New Zealand

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dakwaan segelintir pihak tertentu kononnya mutu jalan raya di negara ini adalah teruk bukan sahaja tidak berasas, malah, indeks global jelas menunjukkan situasi sebaliknya.

Menurut portal statistik terkenal antarabangsa, The Global Economy, kualiti jalan di Malaysia berada di kedudukan ke-21 di dunia, bahkan jauh lebih baik berbanding banyak negara maju.

Berdasarkan data tersebut, tahap jalan raya negara ini adalah antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata untuk posisi tertinggi dan satu mata untuk posisi paling rendah.

Singapura gah muncul memiliki jalan berkualiti di dunia iaitu 6.5 mata diikuti Belanda, Switzerland, Hong Kong, Jepun, Austria, Portugal, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan Oman.

Sebaliknya, jalan di Chad meraih posisi terburuk di dunia iaitu 1.9 mata disusuli Mauritania, Madagascar, Yaman, Haiti, Kongo, Angola, Mozambique, Guatemala, Cameroon dan Nigeria.

Menurut portal itu, tahap jalan di Malaysia pula adalah lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37), New Zealand (ke-48) dan Rusia (ke-99).

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia di posisi kedua selepas Singapura serta di atas Brunei (ke-30), Thailand (ke-56), Indonesia (ke-59), Laos (ke-86), Filipina (ke-87) dan Vietnam (ke-104).

Bagaimanapun, statistik itu yang turut dikongsi warganet tertentu sebenarnya data pada 2019 lalu, manakala perangkaan terbaharu untuk tahun 2020 dan 2021 belum pun lagi diterbitkan.

Kedudukan tangga ke-21 yang diraih negara ini sebetulnya agak sederhana kerana kualiti jalan raya di Malaysia pernah mencapai situasi paling baik pada 2007 iaitu tempat ke-14.

Setahun sebelumnya, ketika indeks mula diterbitkan, Malaysia di posisi ke-15 dan selepas itu makin teruk dengan pernah mencecah kedudukan yang terendah iaitu ke-27 pada 2012 lalu.

Mutu jalan raya di negara ini kemudiannya beransur baik pada tahun-tahun yang berikutnya iaitu ke-23 (2013), ke-19 (2014), ke-15 (2015), ke-18 (2016), ke-23 (2017) dan ke-19 (2018).

Pentadbir The Global Economy dalam kenyataannya menjelaskan bahawa data tahunan diperoleh itu berdasarkan komponen kualiti jalan yang diterbitkan oleh Indeks Daya Saing Global.

Ia turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan sejumlah lebih 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia berpusat di Davos, Switzerland.

Justeru, maklumat dipaparkan dalam senarai indeks tersebut juga telah mengambil kira laporan mengenai lebih 64,000 jalan berlubang yang ditampal di seluruh Malaysia setiap tahun. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.