Ketiadaan Bossku tidak jejas peluang BN menang PRU15 -

Ketiadaan Bossku tidak jejas peluang BN menang PRU15

AHMAD Jazlan Yaakub (kanan) beramah mesra bersama wakil agensi yang hadir pada Program Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Kampung Padang Limau, Bukit Bakar, Machang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kembali mentadbir negara tidak terjejas meskipun tanpa kehadiran bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak atau Bossku.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, walaupun agak terkesan dengan situasi ketika ini, namun, perjuangan parti untuk kembali mendapat mandat rakyat tidak pernah luntur.

Menurutnya, paling penting ketika ini adalah untuk mendapat keyakinan daripada rakyat bahawa BN adalah parti terbaik untuk memerintah negara.

“Keadaan ketika ini (ketiadaan Najib) bukan segala-galanya kerana masih ramai lagi yang berdiam diri dan rakyat lebih tahu.

“Oleh itu, saya yakin ia akan memberi peluang kepada BN untuk menang pada PRU15 nanti. Peti undi ini akan menterjemahkan semuanya nanti,” katanya selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Kampung Padang Limau, Bukit Bakar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, beliau agak terkilan apabila UMNO hilang seorang pemimpin berpengaruh yang mampu membantu kemenangan pada PRU-15 nanti.

“Kita kehilangan tempat rujukan kerana kerja-kerja parti perlu dipandu dan perlu ada nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman. 

“Bagaimanapun, kita masih mempunyai Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden yang berpengalaman luas dalam pentadbiran negara,” ujarnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN