SEREMBAN: Golongan profesional seperti doktor, peguam dan guru juga antara mangsa yang dijadikan keldai akaun dalam kes-kes penipuan scammer. Seorang pengamal undang-undang, Mohamad Zahid Ahmad dari firma Zahid Ahmad & Associates berkata, kebanyakan mangsa menjadi keldai akaun secara terpaksa selepas diugut oleh ahli sindiket untuk disebarkan video lucah membabitkan mangsa. Jelasnya, modus operandi ahli sindiket sama seperti satu kes melibatkan seorang pelajar institut pengajian tinggi yang dikendalikan oleh firma guamannya…










