Jangan sorok minyak - Annuar - Utusan Malaysia

Jangan sorok minyak – Annuar

HARGA runcit minyak masak botol kekal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengingatkan peruncit dan peniaga supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyorok bekalan minyak masak susulan penetapan harga minyak masak botol lima kilogram (5kg) yang bermula esok. 

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan menyorok bekalan itu bukan sahaja merugikan semua malah membantutkan usaha kerajaan menangani inflasi. 

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, semua yang terbabit dalam ekosistem pengeluaran komoditi berkenaan mesti bekerjasama. 

“Jangan hanya bila harga minyak akan turun, peruncit akan start (mula) sorok minyak dan tindakan itu tidak akan membantu kerajaan. 

“Setakat ini, saya berpuas hati kerana belum pun harga baharu itu berkuat kuasa, sudah ramai peniaga menurunkan harga melebihi harga baharu ditetapkan itu. 

“Perkara sama turut dilihat menerusi penetapan harga maksimum ayam di mana ada peniaga sudah menetapkan harga lebih rendah berbanding RM9.40 sekilogram. 

“Saya melihat perkara itu dapat dilakukan dan kita hanya perlu bekerjasama sahaja,” katanya ketika ditemui sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini, hari ini. 

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sebelum ini menetapkan, minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) yang sekarang berharga antara RM39 hingga RM42, akan dijual pada RM34.70 bulan ini bermula esok. 

Harga baharu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya