"Kakak kepada bekas teman lelaki suspek memaklumkan

Gara-gara putus cinta, wanita rempuh pagar rumah bekas teman lelaki

SEORANG wanita ditahan kerana merempuh pagar kediaman bekas teman lelakinya di Taman Perling, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 20 tahun yang baru sahaja putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya di Taman Perling, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi itu, wanita tersebut berjaya ditahan polis di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.30 pagi.

“Kakak kepada bekas teman lelaki suspek memaklumkan menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

“Turut dikirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan, kerana bimbang dengan ugutan berkenaan, pengadu membuat laporan polis.

“Sepasukan polis pergi ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Anggota polis kemudian mengekori kenderaan terbabit sebelum berjaya memberkas suspek di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah jenis ‘benzo’. Suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Menurut Fariz Ammar, siasatan awal mendapati suspek baru sahaja putus cinta dengan teman lelakinya pada bulan lalu.

“Akibat tindakan suspek merempuh pintu pagar kediaman itu, keluarga pengadu mengalami kerugian kira-kira RM15,000 akibat kerosakan pintu pagar yang tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya