Fahami, sokong keperluan Bajet 2023 Kementerian Kesihatan - PM

Fahami, sokong keperluan Bajet 2023 Kementerian Kesihatan – PM

ISMAIL SABRI Yaakob (dua dari kanan) bergambar bersama robot yang bernama 'Bella' pada Majlis Perasmian Hospital Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Terdapat kewajaran bagi meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan dalam Bajet 2023 akan datang untuk memperkasakan aspek kesihatan negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pelbagai cabaran termasuk dalam berhadapan negara tua menjelang 2024 sudah tentu memerlukan bajet tambahan dalam aspek kesihatan.

“Saya ingat YB KJ (Khairy Jamaluddin) minta lima peratus daripada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Sekarang ini 2.5 peratus, ada separuh lagi.

“Jadi tidak apalah. EPU (Unit Perancangan Ekonomi) akan lihat perkara ini. Insya-Allah kalau tak tambah begitu drastik, sekurang-kurangnya akan ada sedikit pertambahan tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hospital Bera di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau memahami pelbagai cadangan dibuat Kementerian Kesihatan yang memerlukan peningkatan bajet dan menyokong usaha yang dilakukan kementerian itu.

Beliau menjelaskan antaranya adalah perlunya pencegahan daripada segi kesihatan dalam berhadapan dengan fenomena negara tua menjelang 2024.

Justeru, katanya, beliau akan memberikan perhatian dan pertimbangan sewajarnya kepada program yang mempunyai sentuhan terhadap rakyat. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya