KUALA LUMPUR: Kehadiran Datuk Seri Eizlan Yusof dalam mesyuarat Gerakan Tanah Air (GTA) diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad bukannya gambaran beliau akan menjadi calon mewakili mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Eizlan berkata, beliau bersama beberapa pertubuhan lain menerima jemputan mendengar pandangan Dr. Mahathir tentang survival politik orang Melayu. Justeru, pelakon Dendam Aurora itu teruja setelah mendengar penerangan terperinci daripada gabungan itu demi memastikan…










