Dua sahabat 'pusing' Semenanjung agih Jalur Gemilang - Utusan Malaysia

Dua sahabat ‘pusing’ Semenanjung agih Jalur Gemilang

MOHD. Zaki Md. Nor (kanan) bersama Saad Nordi semasa diraikan oleh Wan Hasaan Wan Ibrahim (tengah) sebelum meneruskan kayuhan di Pasir Puteh, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Dua sahabat sanggup melakukan kayuhan basikal sejauh 2,500 kilometer (km) mengeliling Semenanjung semata-mata mahu mengagihkan Jalur Gemilang sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-65 pada 31 Ogos ini.

Saad Nordin, 72, yang merupakan bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Telaga Papan, Semerak, Mohd. Zaki Md. Nor telah memulakan kayuhan itu sejak 31 Julai lalu di Baling, Kedah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Zaki berkata, sepanjang kayuhan itu mereka akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada murid-murid sekolah dan rumah-rumah yang belum mengibarkan panji keramat negara itu.

Menurutnya, agihan itu merupakan salah satu usaha untuk memupuk semangat cinta dan sayang pada tanah air sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Kami tidak menumpahkan darah dalam menuntut kemerdekaan tanah air. Namun, saya dan Saad sanggup menumpahkan keringat dan kudrat untuk berkempen mengisi semangat kemerdekaan yang dinikmati selama ini.

“Insya-Allah, kayuhan kami berdua ini dijangka akan berakhir di Kuala Perlis pada malam 31 Ogos ini,” katanya semasa diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim di sini hari ini.

Tambahnya, pada malam ambang merdeka nanti mereka akan diraikan oleh 100 badan bukan kerajaan (NGO) di Perlis dengan kibaran Jalur Gemilang dan laungan merdeka.

Sementara itu, Saad memberitahu, pihaknya perlukan sokongan dan promosi daripada seluruh masyarakat supaya usaha ini berjaya memupuk semangat cintakan tanah air.

Katanya, ini merupakan kayuhan kali ke 20 yang dilakukan olehnya walaupun sudah bergelar warga emas. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya