KUALA TERENGGANU: Jutawan hartanah, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali yang mendakwa mengalami kemurungan akibat difitnah menerusi media sosial memfailkan saman fitnah RM7 juta terhadap seorang lelaki dari Tumpat, Kelantan. Beliau atau lebih dikenali Muhammad Azlan Al Amin, 35, yang juga Pengarah Urusan Azlan Al Amin Group Holdings Sdn. Bhd. berkata, perkara itu disedarinya pada 20 Ogos lalu ketika ternampak beberapa hantaran dan siaran langsung di Facebook oleh lelaki yang dikenalinya…










