Covid-19: 2,783 kes baharu, 9 kematian 

Covid-19: 2,783 kes baharu, 9 kematian 

JUMLAH pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 50 kes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,783 kes berbanding 4,271 kelmarin dengan 4,482 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor terus menjadi negeri tertinggi mencatat kes positif iaitu 826 kes diikuti Kuala Lumpur (473), Sabah (252), Perak (242),  Negeri Sembilan (234), Pulau Pinang (216), Melaka (114) dan Kedah (114).

Johor (89), Putrajaya (65), Sarawak (56), Pahang (38), Kelantan (32), Terengganu (18), Labuan (11) dan Perlis, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang ditahan dalam wad 471 orang berbanding kelmarin, 514 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 54 kes berbanding jumlah semalam, 62 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 32 kes berbanding jumlah kelmarin, 34 kes.

Sementara itu, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan 19 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,039 kluster.

Satu kluster baharu melibatkan kumpulan berisiko tinggi, kluster Jalan Matahari Ipoh di Kinta, Perak dengan merekodkan 14 kes. 

Malaysia turut  mencatatkan sembilan kes kematian berbanding kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini 35,969 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN